Semua Ini Sendiri

Semua Ini Sendiri merupakan sebuah album muzik ketujuh karya Five Minutes yang diterbitkan pada 2009. Lagu utamanya dalam album ini ialah Semakin Ku Kejar Semakin Kau Jauh (SKSJ). Selepas berjaya melancarkan single pertama, Five Minutes melancarkan single kedua yang bertajuk Aku Tergoda. Untuk menambah populariti, Five Minutes melancarkan single ketiga yang bertajuk Teman Biasa. Dalam album ini, Five Minutes turut bersimpati dengan lagu kanak-kanak dengan mengeluarkan semula lagu Ambilkan Bulan untuk menghayati lagu kanak-kanak yang sudah terhakis dimakan zaman. Terdapat 7 buah lagu baru dan 3 buah lagu lama yang diambil daripada album terdahulu seperti Perih, Salah Apa dan Bersalah.